PETUA UNTUK MENGURANGKAN DEMAM KUNING BAYI (Jaundis)

Bagi ibu-ibu yang masih dalam pantang dan bayinya masih menghadapi demam kuning atau jaundis, cuba elakkan dari makanan yang mengandungi halia. Ikuti video dibawah untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai sebab-sebabnya. Selamat menonton dan mencuba !

Posted in Bayi | Tagged , , | Tinggalkan komen

PETUA BAGI MENCEGAH MATA RABUN

Menurut petua yang dikongsikan oleh En. Mahdi Abdullah di dalam video di atas, untuk menghindari dari mata rabun secara alami dengan dua cara iaitu :-

1) jadikan amalan memakan terung pipit mentah sebanyak tiga, lima atau tujuh biji sebagai ulam dimakan dengan nasi atau pun makan begitu sahaja setiap hari.

2) daun sirih sebanyak tujuh atau 14 helai yang diramas di dalam besen (bekas yang boleh muka direndam ) yang berisi air. Rendam muka dan pejam celikkan mata semasa proses rendaman muka dijalankan.

Selamat mencuba !

Posted in Petua mata | Tagged , , , | Tinggalkan komen

Petua bagi masalah buasir

fb.watch/fhQLCjKVpd/

Posted in Petua Kesihatan, Tubuh badan | Tagged , , , , | Tinggalkan komen

PETUA MENURUNKAN KENCING MANIS (Diabetis) DENGAN CEPAT.

Assalamualaikum, admin ingin kongsikan pengalaman seorang pengidap penyakit kencing manis (diabetis) cara untuk menurunkan gula dalam darah dengan cepat. Baca artikel di bawah hingga habis .

Boleh katakan hampir separuh dari keluarga kita ada kencing manis…yang sampai kaki BERNANAH & nak kena POTONG KAKI pun ada… Meh ikut petua pak cik nie…. Dia dah 30 tahun ada kencing manis kronik.. Alhamdulillah sembuh lepas amalkan petua nie…Mohon share untuk manfaat bersama.

Buah limau nipis dan garam kasar.

Ikuti perkogsian seorang pesara yang menghidap kencing manis kronik selama 30 tahun

*Saya pernah mengidap kencing manis dan kini kencing manis saya sudah sembuh sepenuhnya dan ramai kawan2 saya juga sembuh selepas saya bagi cara mengubatinya*.

*Ambil sebiji limau nipis.dan sumbat sebiji garam kasar di dalam nya dan rebus dengan tiga gelas air. Rebus agak lama dari tiga gelas air hingga sampai airnya tinggal agak segelas dan hancurkan limaunya. Yang penting biji limau tu dihancurkan guna senduk dan bila sudah hancur tapis air tu dan bila sejuk dan diminum*.
*Perlu sedia gula2 atau makanan yang manis2 kerana biasanya selepas minum air limau itu, gula dalam badan akan jadi sikit sangat*.

*Guna garam kasar size biasa saja dan tak perlu besar sangat, belah sikit limau tu untuk sumbat garam. Sebaiknya buat tiga kali sebiji setiap kali dan berselang sehari membuatnya… Kalau nak lagi bagus gunakan garam bukit*.

*Ingat yg penting hancurkan biji*. *Limau tu jika tak hancur kencing manisnya cuma kurang tapi tak sembuh*.

*Saya dapat ubat ini setelah saya buat solat hajat mohon ubat kencing manis dari Allah SWT kerana waktu itu kaki saya hampir dipotong sebab dah busuk*.

*Alhamdulillah sekarang dah 6 tahun pulih sepenuhnya dan saya tidak pernah pantang makan gula*.

*#Jom kita share dengan rakan2*…..

Posted in Petua Kesihatan | Tagged , , , | Tinggalkan komen

PETUA MENGHILANGKAN KELEMUMUR SECARA ALAMI

Bahan :

Limau nipis

Garam halus

Belah dua atau empat limau nipis. Lumurkan limau tadi ke garam halus dan sapukan ke kulit kepala yang berkelemumur tersebut.

Selamat mencuba ?!

Limau nipis dan garam halus
Posted in Rambut | Tagged | Tinggalkan komen

Petua merawat warts atau ketuat

Posted in Petua Kesihatan, Uncategorized | Tinggalkan komen

Petua elak kucing berak dan kencing merata, guna 2 bahan dapur ini.

Assalamualaikum wbr.,

Petua elak kucing berak dan kencing merata, guna 2 bahan dapur ni je. Ramai dalam kalangan kita yang mengalami masalah bau najīs kucing terutama mereka yang tinggal dalam kejiranan jian-jiran yang membela kucing. Menjadi masalah lagi apabila kucing-kucing yang dibiarkan bebas membuang najīs merata-rata dalam kawasan rumah kita.

Memang strēss jika setiap kali buka tingkap atau pintu kita terhidu bau najīs dan air kencīng kucing memang tidak menyenangkan ini.. Boleh hilang mood dibuatnya, kena basuh lagi kencīng dan tahī kucing bersepāh-sepāh dekat halaman rumah.

Tapi nak buat macam mana, kucing kan. Nak marāh pun tak boleh. Nak bergāduh dengan jiran pun lagi lah tak boleh kan.

Jika anda mengalami masalah ini, anda boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Zuriaty Musa ini. InsyaAllah masalah pencemaran bau di kawasan rumah anda dapat diselesaikan.

BAHAN-BAHAN

2 labu Bawang Putih
3 atau 4 batang Serai
1 Cawan Air

CARA PENYEDIAAN

Caranya mudah sahaja.

LANGKAH PERTAMA
Kupas, hiris dan kisar semua bahan di atas

LANGKAH KEDUA

Tapis, ambil airnya dan masukkan ke dalam botol spray

CARA PENGGUNAAN

Mudah sahaja, cuma sembur sahaja di mana-mana tempat yang selalu kucing berak/kencing atau mana-mana tempat yang selalu kucing bermain.

KADAR SEMBURAN

Musim Hujan – Sembur 2 minggu sekali
Musim Kemarau – Sembur sebulan sekali pun ok

Itu sahaja, mudah kan? Selamat Mencuba!

Posted in Petua rumah | Tinggalkan komen

PETUA MENYIMPAN BUNGA KANTAN AGAR TAHAN LAMA

Assalamualaikum.. Ini cara saya untuk bagi bunga kantan tahan lama. Buat macam aiskrim ye sahabat.

Bunga kantan yang dibelah mengikut kesesuaian plastik aiskrim

Kalau simpan tanpa isi air lama-lama akan jadi hitam di dalam.. Tapi buat cara macam ni InshaaAllah tahan lama. Saya pernah simpan sampai 6 bulan.

  1. Bunga kantan tengk saiz ye. Besar belah 4, kecik belah 2. Kira muat masuk dalam plastik aiskrim tu dalam keadaan bersilang untuk jimatkan plastik😁
  2. Isi air masak dalam plastik yang dah diisi bunga kantan tadi. Air mesti tertutup seluruh bunga kantan tu.
  3. Simpul kemas-kemas.

4.Bekukan macam kita buat aiskrim tu.

  1. Pesan dan bagitahu ank-anak, ini bukan aiskrim ye takut terjadi macam saya haritu anak-anak ingat aiskrim😂😂. Bau dan rasa tetap fresh

Done
Selamat mencuba

Kredit: Pn Qiha Fareesya

majalahrasa

Posted in Uncategorized | Tagged , | Tinggalkan komen

PETUA BAGI JANGKITAN COVID19 SECARA ALAMI

Assalamualaikum,

Admin tertarik dengan video ini di mana ada petua alami yang ampuh bagi mereka yang terkena jangkitan Covid19 ini.

Bahan-bahannya ;

1. Sebiji kelapa muda (dipotong bahagian kepala) tebuk lubang (biasanya boleh dapat lebih kurang 3 gelas air kelapa) .

2. Masukkan tiga sudu besar madu lebah dan kacau.

3. Bubuh garam 1/2 sudu kecil.

4. Perah limau nipis atau lemon 🍋 sebiji ke dalam air kelapa tadi. Kacau.

5. Minum segelas air kelapa yang telah dicampur dengan semua bahan tadi.

Selepas sejam atau dua jam minum air kelapa tadi, Covid19 akan hilang, in shaa Allah dengan izinNya. Jika keputusan ‘swab test’ masih lagi menunjukkan positif, maka minum segelas lagi.

Tonton video di bawah sehingga habis.

Selamat mencuba !

Posted in Covid19 | Tagged , , , , , , | Tinggalkan komen

PETUA MERAWAT BATUK BERKAHAK SECARA ALAMI

Caranya ialah:

  1. Potong 1 biji bawang Bombay/ Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.
    .
  2. Leraikan lapisan bawang tadi.
    .
  3. Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu.
    .
  4. Gaulkan biar rata.
    .
  5. Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam.
    .
  6. Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.
    .
  7. Ambil satu sudu dan minum.

    Boleh cuba di rumah.

Rasanya persis ubat batuk. Tujuannya keluarkan kahak dengan mudah. Tiada kesan buruk pada otak.
.
Orang putih panggil ‘cough syrup.’ Melalui pembacaan saya dapati juga petua ni mereka pakai lama dah. ‘Homemade remedy’ untuk batuk.

Sumber : Dr. Rizal
.

Posted in batuk berkahak | Tagged , | Tinggalkan komen