Petua hilangkan panau dengan daun Bunga Melur

BUNGA MELUR merupakan sejenis tumbuhan yang sememangnya tidak asing bagi kita semua. Warnanya yang putih suci dan keharuman baunya merupakan daya tarikan utama bunga ini, lebih-lebih lagi pada waktu pagi. Titisan embun dan ditambah pula dengan kesegaran pagi menyebabkan kelopak bunga ini kembang mekar mengeluarkan haruman yang cukup wangi. Oleh itu, tidak hairanlah tumbuhan yang nama botaninya Jasmincun sambac ini diminati ramai, khususnya mereka yang gemar menghidu haruman dan banyak ditanam sama ada dalam pasu atau di halaman rumah.

Pati bunga melur dari pokok jenis renek yang mempunyai daun hijau berkilat ini digunakan untuk menghasilkan minyak wangi yang cukup menyamankan.

“Selain itu bunga melur juga mempunyai kegunaan dalam dunia perubatan tradisional, khususnya bagi merawat demam panas dan juga panau,” kata Pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Bio Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, ketika ditemui baru-baru ini. Menurutnya, tumpuan rawatan tersebut adalah pada daunnya yang hijau segar. Beliau berkata, untuk merawat demam panas beberapa helai daunnya dicampur dengan beras dan seulas bawang merah delam sebekas air. “Kemudian ambil airnya untuk basuh kepala dan selepas itu lapkannya diseluruh badan. Amalkannya sehingga badan terasa sejuk,” katanya.

Untuk merawat panau pula, ambil beberapa helai daun bunga melur yang sudah dibasuh dan gosokkan pada tempat yang dijangkiti panau. “Lakukannya berulang kali. Biarkan hingga bekas gosokan tersebut kering,” tambahnya

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Petua Kesihatan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s