9 Petua semulajadi untuk memerahkan bibir

1. Madu

Madu merupakan penawar atau ubat semulajadi untuk berbagai masalah kesihatan dan kecantikan termasuklah untuk memerahkan bibir. Sapu madu pada bibir anda setiap malam sebelum tidur.

2. Air Mawar

Setiap kali anda hendak tidur malam, usap lembut bibir anda dengan bola kapas yang dibasahi air mawar dingin untuk membuat bibir kelihatan lebih lembut dan merah keesokan harinya.

3. Limau nipis

Limau nipis pada dasarnya adalah bahan pemutih semulajadi. Campur 2 sudu makan air masak suam dan jus limau dengan 2 sudu makan madu, lalu sapukan pada bibir, biarkan selama 10-15 minit . Akhir sekali bila bibir dengan air suam. Jika ini dilakukan secara rutin, warna bibir yang kehitaman akan berubah menjadi lebih merah.

4. Kunyit

Campurkan isi kunyit yang telah ditumbuk dengan 1 sudu teh susu suam atau susu krim. Urut bibir anda dengan ramuan ini setiap hari selama 5 minit. Ini akan membuat bibir anda kelihatan merah secara semulajadi dan lebih kenyal.

5. Daun ketumbar

Daun ketumbar akan memudarkan warna gelap pada bibir. Hancurkan 2 lembar daun ketumbar dengan air, kemudian sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air suam. Lakukan ini secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksima.

6. Minyak Almond (Badam)

Perubahan warna bibir boleh terjadi disebabkan kurangnya kelembapan. Minyak almond (badam) mengandungi zat yang dapat membantu melembabkan bibir anda. Hanya sapukan minyak almond pada bibir sebelum tidur. Untuk hasil yang lebih maksima, campurkan minyak almond dengan jus lemon dan madu. Jika anda tidak ada minyak almond, anda boleh gantikannya dengan minyak zaitun.

7. Gliserin

Gliserin adalah satu bahan kimia yang memiliki banyak manafaat bagi kecantikan termasuk untuk bibir. Urutilah bibir anda dengan gliserin setiap hari. Hal ini akan membantu mengembalikan bibir anda menjadi merah aslinya.

8. Mentega

Anda boleh juga sapukan mentega di bibir setiap malam sebelum masuk tidur. Ini juga dapat membantu mengembalikan warna bibir menjadi lebih segar dan kemerahan.

9. Yoghurt

Campuran madu, yoghurt dan tepung beras serta beberapa titik jus limau nipis juga dapat digunakan secara teratur pada bibir untuk membuatnya kelihatan lebih merah.

Selamat mencuba.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Tubuh badan. Bookmark the permalink.

21 Responses to 9 Petua semulajadi untuk memerahkan bibir

  1. sweet girl says:

    Salam.. Nak tanya boleh tak???

  2. sweet girl says:

    Kalau saya letak ubat gigi kat bibir macam mana?? Jadi tak???

  3. sweet girl says:

    So What must i do??

    • mia erryna says:

      nak tnya..sy pernah try sapukan ubat gigi pd wktu mlm sblm tidur tp hasilnya bibir m’bengkak dan m’jadi lebih hitam di keliling bibir..adakah cara m’gosok bibir m’gunakan limau nipis bole m’hilangkan kehitaman bibir dgn lebih berkesan?

  4. kiss says:

    saya juga mengalami benda yang sma …apabila sya sapu ubat gigi di bibir sya …hasilnya sma juga menjadi hitam…tpi macam mna maw hilangkn khitaman tu??

  5. syiela says:

    salam nak tanya,,lps sapu mentega di bibir,,perlu mencucinya setelah bangun pagi atau terus cuci pada waktu yg sama??

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Syiela, jika anda sapu mentega mentega ketika tidur di khuatiri ada yang bernafsu untuk mnegucup atau menggigitnya …….tikus.

  6. LvyRyisa says:

    Nak tanya .. Mcm mna nak hilangkan rekahan pada bibir?

  7. aqilah says:

    salam nak tnya..limau nipis tu kna jdikn jus dlu ke?

  8. lya amilia says:

    kalau planta boleh takk

  9. sunyi says:

    macam mana kalau sapukan minyak zaitun..

  10. moon says:

    macam mana nak rawat bibir yang bengkak

  11. weweana says:

    Klw sapu madu..knew basuh kew tw bia smpai pgi??

  12. zara says:

    Assalamualaikum sis, limau tu nak sebiji ke? Then kena perah kan untuk dapatkan jus tu then campur dgn bahan yg lain kan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s