Pelbagai petua dengan belimbing buluh

a. Selain penambah perisa pada makanan, buah Belimbing Buluh mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dijemur, ia dapat menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit muka, sakit-sakit sendi serta panau. Jika di rebus pula, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam.

b. Selain itu bagi menghilangkan batuk, ambil segenggam bunga Belimbing Buluh dan campurkan dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Lalu direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian, minum dengan mencampurkan sedikit madu lebah. Minum segelas, tiga kali sehari.

c. Untuk mereka yang menghidap penyakit seperti darah tinggi, petik 3 biji buah Belimbing Buluh, potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.

d. Bagi bayi yang diserang penyakit kuning pula dimandikan dengan air rebusan daun Belimbing Buluh untuk meredakannya.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s