Petua Menegangkan Payudara Dan Kembali Anjal

Sebagai seorang wanita yang menghampiri umur 40an pasti akan melalui pelbagai perubahan bentuk badan, salah satunya aset utama ialah payudara. Bagi yang berkahwin dan mempunyai anak proses mengandung, bersalin dan menyusukan anak mungkin berkali-kali sepanjang hidup menyebabkan payudara yang tegang menjadi kendur, tapi itu bukan alasan untuk anda tidak berkahwin, mempunyai anak dan seterusnya menyusukan anak anda. Faktor graviti pun ya jugak hehe.

Jangan risau terdapat pelbagai petua yang saya akan kongsikan dengan anda petua menegangkan payudara dan kembali anjal. Antara petuanya ialah dengan menggunakan buah labu.

Payudara tegang dan anjal

Ambil sebiji labu, kupas dan masak sehingga empuk. Setelah masak, biarkan seketika hingga kurang panas dan kemudian ramas. Kemudian sapukan pada keseluruhan payudara. Biarkan selama kira-kira 20 minit sebelum dibilas. Amalkan sehingga nampak kesannya.

Selain itu lakukan senaman untuk menegangkan otot dada sepeti push up, selain itu urutan juga membantu meningkatkan pengaliran darah sekaligus merangsang kulit di bahagian tersebut secara tidak langsung ia boleh menegangkan payudara. Hanya urut dari bahagian bawah payudara ke atas ke areola. Gunakan urutan yang lembut dan urut selama 5 minit pada suatu masa. Sebaiknya buat 2 kali sehari, waktu pagi dan malam.

Tu je ke petuanya? Ada lagi saya nak kongsikan ni, sabar ya. Selain itu daun sirih dan putih telur juga membantu mencantikkan payudara anda.

Apa yang perlu anda lakukan ialah sapukan minyak kelapa pada daun sirih dan kemudian salaikan dengan api lilin dan masa daun sireh berada dalam keadaan panas suam tekapkan atas payudara anda. Biarkan hingga kering dan lakukannya berulang kali.

Petua yang lain ialah dengan menggunakan putih telur. Pecahkan telur dan ambil bahagian putihnya sahaja yang kuning tu terpulang kepada anda nak buat telur dadar ke nak buat rencah masakan ke yang penting jangan buang, membazir, mahal tau sebiji telur. Ambil putih telur tu dan ratakan sekeliling payudara anda sehingga ia mengering sebaiknya lakukan pada waktu malam dan biarkan hingga pagi cuma pastikan orang sebelah tak merungutđŸ™‚

Lecehnya nak buat semua benda-benda ni, bak kata mat saleh well beauty is pain. Kata nak cantik dan menarik kenalah berusaha lebih sikit. Nak tahu tak? Kekurangan zat makanan juga menyumbang kepada kekenduran payudara. Ambillah makanan yang sihat dan mampu membantu mengencangkan kembali payudara anda. Makanan seperti kobis, kacang, tempe, susu dan bawang bagus sebagai sumber zat makanan anda.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s