Petua dengan Asam Jawa

Asam Jawa

Petua kesihatan dan kecantikan menggunakan asam jawa

1) Menghilangkan parut pada wajah
Bancuh asam jawa bersama sedikit air sepekat yang mungkin dan tampal keseluruh muka. Biarkan ianya mengering barulah dicuci muka menggunakan air bersih atau

Campurkan pes asam jawa bersama minyak zaitun. Sebatikan kemudian sapulah ke kulit wajah. Biarkan selama 15 minit barulah dibasuh menggunakan air suam panas supaya terbuka pori-pori wajah. Kemudian bilas pula menggunakan air yang sedikit sejuk supaya pori wajah tertutup kembali. Lakukan rawatan selama 3 kali seminggu, Insyaallah parut akan hilang.

2) Penjagaan suara
Bancuh asam jawa bersama segelas air. amalkan dengan meminum airnya setiap hari.

3) Untuk turunkan berat badan
Air asam jawa elok diamalakan setiap hari untuk membuang lemak dalam badan dan memberi kesegaran tubuh dengan cara ambil sebuku asam jawa dan ramas dalam segelas air. Amalkan selepas makan tengah hari dan makan malam. Kalau tak suka suam, boleh buat dengan air dari fridge atau lepas diramas tu simpan sekejap dalam peti ais, lepas makan baru ambil dan minum.

4) Demam panas/demam
Bagi anak-anak kecil yang kadang-kala mengalami demam panas ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat . Biasanya saya akan sapu ke seluruh badan seperti yang Allahyarhamah nenek lakukan. Insyaallah badan akan lebih selesa dan panas akan berkurangan.

5) Sakit perut
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

6) Sakit asma
Bagi yang sakit asma pula rebuslah dua (2) potong kulit asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga ia mendidih kemudian ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari.

7) Batuk/Perit tekak
Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampurkan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.

8) Luka/Bisul
Manakala daun muda asam jawa juga boleh ditumbuk lumat dan ditampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.

9) Alergi/Biduren
Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang.

10) Bengkak disengat lipan atau lebah
Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut di atas bahagian anggota yang bengkak.

11) Kesakitan masa haid
Ambil asam jawa dalam 1 ruas ibu jari; kunyit 1 jari; Air mendidih 100 ml, ramas dan minum pagi dan petang, setiap kali minum 100 ml ya.

12) Menghilangkan jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

13) Melembutkan kulit wajah yang kasar/Haluskan kulit wajah
Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari. Atau

Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

14) Kulit cerah/kuning
Campurkan asam jawa dengan tepung bagi sebati. Agak-agak le yer banyak mana korang nak. Pastu korang lumurkan campuran tersebut kat kulit (better kat badan je ok). Tapi wanita India sapu kat muka jugak untuk bagi kulit muka cerah tau. Kalau dah rasa kering baru basuh

15) Menghilangkan bau kaki
Sediakan sebesen air dan campurkan segengam asam jawa dan dua sudu garam. Rendam kaki yang bermasalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki, ia juga boleh menghilangkan masaalah ulat air atau gatal-gatal di kaki.

16) Rambut gugur
Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.

Sumber : Facebook : Rahsia Idaman Wanita

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s