Petua orang lama tidak dapat tidak untuk kita tolak dan tidak mengamalkannya. Antara petua dan amalan orang dahulu untuk menjaga kesihatan dalaman dan keharmonian rumahtangga ialah mengamalkan makan dan menggunakan herba.

Manjakani merupakan salah satu amalan yang amat sinonim dengan amalan penjagaan kecantikan oleh golongan wanita zaman dahulu. Sehingga kini amalan memakan dan menggunakan herba seribu guna ini masih lagi dipraktikkan. Tidak kira sama ada secara tradisional atau moden.
Buah Manjakani boleh dijadikan sebagai air rebusan. Air rebusan buah Manjakani merupakan salah satu bentuk pencuci keintiman wanita yang sangat hebat bukan sahaja membantu mencuci bahagian sulit wanita tetapi juga boleh merawat masalah bau yang kurang enak di bahagian sulit serta membantu merawat keputihan. Sangat mudah untuk membuat air rebusan dari buah Manjakani anda hanya perlu mengambil 5-10 biji buah Manjakani dan rebus bersama 2 gelas air dan biarkan hingga mendidih dan apabila air rebusan telah sejuk atau suam boleh disimpan di dalam bekas seperti botol dan digunakan untuk mencuci vagina. Namun begitu, anda digalakkan untuk menyimpan air rebusan ini hanya untuk 3 hari sahaja. Selain di simpan di dalam botol anda juga boleh menyimpan air rebusan buah manjakani ini di dalam periuk rebusan terutama yang periuk tanah.