PETUA UNTUK ORANG BUASIR DENGAN POKOK BELIMBING TANAH

Assalamualaikum semua,

Disini Ada sedikit petua untuk orang Buasir
1- Ambil 1 pokok belimbing Bukit atau belimbing
Tanah termasuk akar,buah dan daun sekali
Rebus hingga mendidih dan minum lah 2 x sehari
Air tersebut boleh juga buat mengubati Darah Tinggi, Kencing Manis, buah pinggang dan lemah jantung .

Pokok Belimbing Tanah


Ini lah petua yang guru kepada sahabat Razz First beri
Hj Abu bakar atau Pak Teh Kar di Kijal Kemaman
( Alfatihah buat Beliau)

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

PETUA AMALAN CANTIKKAN KULIT DENGAN MANJAKANI

Buah dan Serbuk manjakani

Hanya bancuh sedikit serbuk manjakani dengan sedikit air dan sapukan di wajah yang bermasalah. Anda boleh mengamalkan seminggu sekali sebelum tidur dan cucilah wajah anda keesokan harinya. Anda pasti teruja dengan hasilnya. Amalan ini tidak hanya boleh di lakukan oleh ibu-ibu yang telah bersalin malahan juga si dara sunti dan si teruna yang mempunya masalah jerawat.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

PETUA AMALAN MANJAKANI BAGI KESIHATAN FARAJ

Petua orang lama tidak dapat tidak untuk kita tolak dan tidak mengamalkannya. Antara petua dan amalan orang dahulu untuk menjaga kesihatan dalaman dan keharmonian rumahtangga ialah mengamalkan makan dan menggunakan herba.

Manjakani merupakan salah satu amalan yang amat sinonim dengan amalan penjagaan kecantikan oleh golongan wanita zaman dahulu. Sehingga kini amalan memakan dan menggunakan herba seribu guna ini masih lagi dipraktikkan. Tidak kira sama ada secara tradisional atau moden.

Buah Manjakani boleh dijadikan sebagai air rebusan. Air rebusan buah Manjakani merupakan salah satu bentuk pencuci keintiman wanita yang sangat hebat bukan sahaja membantu mencuci bahagian sulit wanita tetapi juga boleh merawat masalah bau yang kurang enak di bahagian sulit serta membantu merawat keputihan. Sangat mudah untuk membuat air rebusan dari buah Manjakani anda hanya perlu mengambil 5-10 biji buah Manjakani dan rebus bersama 2 gelas air dan biarkan hingga mendidih dan apabila air rebusan telah sejuk atau suam boleh disimpan di dalam bekas seperti botol dan digunakan untuk mencuci vagina. Namun begitu, anda digalakkan untuk menyimpan air rebusan ini hanya untuk 3 hari sahaja. Selain di simpan di dalam botol anda juga boleh menyimpan air rebusan buah manjakani ini di dalam periuk rebusan terutama yang periuk tanah.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

PETUA ALAMI UNTUK PENYAKIT COVID19

Sumber: Viral dari group whatsapp

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

PETUA BAGI PENYEMBUHAN PESAKIT COVID19

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

PETUA MERAWAT PENYAKIT KANSER PARU-PARU

Buah manggis yang dikukus sebagai amalan bagi merawat kanser paru -paru .

Hasil kajian sains perubatan Universiti Bangkok, buah manggis yang dikukus dan dimakan sebiji sehari adalah terbaik untuk penyakit kanser paru-paru dan juga untuk paru-paru yang ada masalah.

Tolong kongsikan moga-moga dapat kebaikan bersama.

Posted in paru-paru | Tagged | Tinggalkan komen

PETUA MENGHILANGKAN ANGIN PASANG PADA BAYI

Bismillahirrahmanirrahim

Cara Menghilangkan Angin pasang
(Biasanya bayi dari usia 1 hari hinggalah ke setahun…paling minimum)

Bagi bayi lelaki, ketika di dalam hari lagi, kalau boleh tuamkan bahagian bawah kemaluannya dan perutnya dengan jintan hitam. Ini untuk mengelakkan bayi dari mendapat kembung dan penyakit angin pasang.

Bagi bayi lelaki, sebaik baiknya, setelah dimandikan, tuam kemaluannya. Ini untuk menghindar dari penyakit angin pasang.

Daun sirih

👉 Gunakan daun sirih yang dilayur di atas tudung periuk dan disapu sedikit dengan minyak kelapa. Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi ( terutama bayi lelaki yang selalu di serang angin pasang ).

👉 Gunakan ramuan herba jintan hitam, lada hitam../ biji sawi yang goreng dalam kuali tanpa minyak. Lepas tu bungkus dengan kain baru tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi ini dilakukan setiap hari lepas mandikan dia waktu pagi atau petang…

👉 Tuam dengan pasir yang dicampur halba yang dipanaskan atas api dalam periuk.. jangan panaskan lama-lama, nanti terlalu panas pula.. dalam 1-2 minit . Pastu, masukkan dalan kain, buat macam bunjut dan ikat terus tuam perut bayi dengan telur zakar dia sekali secara menaik maksudnya, tuam telur zakar bayi dari atas hingga bawah guna bunjut tuh…

👉 Celupkan daun sirih dalam air suam pastu selawat dan tekap-tekap di kawasan telur zakar dia..pastu urut secara menurun dari pinggang ( buat dalam keadaan kedua-dua belah tangan terbuka) ke tepi kelengkag bayi..guna minyak bayi supaya bayi selesa..

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

PETUA BAGI MASALAH BUAH PINGGANG DENGAN BUAH KULIM

Bagi mereka yang ingin mencuba petua serta penawar kepada mereka yang mengalami masalah buah pinggang (yang belum buat dialisis), bolehlah mencuba petua Kak Zah ini.

Sebiji isi Buah Kulim yang dibelah dua dan direbus dalam sebuah periuk kecil yang penuh dan biar air rebusan hingga tinggal separuh.

Minum tiga (3) kali sehari selama tiga (3) bulan.

In shaa Allah masalah buah pinggang boleh sembuh dengan izin Allah swt.

Selamat mencuba !

Boleh rujuk video kak Zah dengan klik pautan di bawah ;

Kredit : fb.watch/aS4WxHW8b-/

Posted in Petua Kesihatan, Uncategorized | Tagged , | Tinggalkan komen

PETUA PENAWAR PENYAKIT KAYAP

1. Pokok duit-duit (yang bulat) ditumbuk dengan nasi sejuk (nasi semalam) hingga hancur…
Ia akan jadi pes yang pekat.
Kemudian tampalkan di tempat yang kena kayap…cuma pedih sikit bila herba ni kena pada kayap tu.

2. Atau boleb juga tumbok daun delima hingga lumat, selepas itu campur bedak sejuk dan letak pada tempat kayap sebanyak 2-3 kali sehari .

3. Atau daun cabei tumbok bagi halus.. Campurkan dengan kapur makan…gaul bagi sebati..lepas tu sapu pada tempat kayap..buat 2 kali sehari.

4. Atau boleh guna daun sireh, pinang dan kapur….

5. Atau boleh juga guna pokok keman air, tumbuk dan campurkan dengan bedak sejuk . Sapu pada tempat kayap.

6. Atau kalau ada pokok sagu bemban ..parut ubi nya dan ambil patinya..sapu tempat yang kena kayap tersebut.

insyaallah, selamat mencuba 😊

Sumber: himpunan petua dari group whatsapp ‘Juruterapi Malaysia’

Posted in kayap, Tubuh badan | Tagged , , , , , , | Tinggalkan komen

PETUA HILANGKAN BAU PADA BLENDER


Bahan-bahan yang diperlukan:

2 sudu soda bikarbonat
2 sudu garam kasar
Sabun pencuci pinggan
2 cawan air


Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam blender dan blender semua bahan ini. Cuci bersih.
Amalkan langkah ini setiap kali selepas menggunakan blender.

Posted in Uncategorized | Tagged | Tinggalkan komen